Skip to main content

SPM Aliran Sains Tulen

SPM Aliran Sains Tulen Assalamualaikum wa rahmatullah, Hanafi ingin berkongsi sikit pengalaman jadi pelajar aliran Sains Tulen.
Umumnya, aliran Sains Tulen akan mengambil 9 subjek iaitu:
5 teras: BM, Eng, Math, Sej, P. Islam
4 elektif: Bio, Fizik, Kimia, Add Math

Ini beberapa soalan yang sering ditanya2 pelajar Form 3 tentang aliran Sains Tulen:
1. Kehidupan sebagai pelajar Sains Tulen bagaimana?
2. Susah sangat ke Add Math? Tuisyen tak?
3. Macam mana nak study utk SPM aliran sains?

1) Kehidupan sebagai pelajar Sains Tulen bagaimana?
Seronok sangat! Banyak friendly dan eksperimen/amali menarik. Banyak sikit kerja sekolah berbanding aliran sastera spt laporan eksperimen, perbentangan kumpulan, modul latih tubi.
Aliran paling banyak pilihan & boleh pergi jauh ke pendidikan tinggi nanti jadi boleh la gantung impian setinggi bintang di langit. Bio, Kimia dan Fizik kena banyak buat ulangkaji & nota poket sendiri tau.
Aliran Sains sahaja yg boleh ke luas pilihan program pra U termasuk asasi(belajar di universiti), matrikulasi, PISMP(guru) dan STPM(Form 6). Aliran sastera pula tak dapat mohon 2 drpd 4 program di atas itu KECUALI asasi & diploma(kalau boleh jgn pilih pun, bazir duit) berkaitan sastera juga.
Rajin-rajin go through semua silibus Fizik, Kimia & Biologi tingkatan 4&5 dgn search dokumentari2 pendek di YouTube ttg topik-topik yg akan anda pelajari.
Senarai silibus untuk subjek2 Sains Tulen, dlm link di bawah:
Subjek
Link
Kimia
Fizik
Biologi
Add Math
Math

App smartphone yang sangat berguna bagi pelajar Sains Tulen SPM:
Y=mx+c
Malay to English dictionary(ada game utk uji kita faham maksud perkataan)
myKamus (Arab-Melayu-English)
English dictionary (cari maksud perkataan2 di luar database kamus di atas)

Sebagai pelajar sekolah menengah harian, memang bebas buat mcm2 perkara berfaedah seperti:
solat Dhuha, baca Quran
pergi Pesta Buku Antarabangsa PWTC
tengok Islamic lectures di YouTube, Mufti Menk, Nouman Ali, Sheikh Hamza Yusuf

2) Susah sangat ke Add Math? Tuisyen tak?
Memang mencabar, tak dpt dinafikan.
Kerjanya ibarat jadi inspektor alam Matematik yg ingin menyelesaikan misteri dgn formula2 yg penyelesaiannya seringkali di luar jangkaan pelajar.
Mcm karangan sastera Matematik juga la. Panjang, bersulur paut jalan kira antara soalan-soalan. Terpaksa tuisyen supaya dapat faham betul2 subjek ini.
Promosi!
Jikalau anda duduk berdekatan Sg. Kantan, saya syorkan bertuisyen Add Math dengan cikgu Syuhada. Serius efektif, friendly and menghiburkan. Harga RM80.00 sahaja/bulan(2018). Alamat: Jalan Melor 4, Taman Melor, 43000 Kajang, Selangor
Hubungi: +60 13-492 8503 (cikgu Syuhada)

3) Macam mana nak study utk SPM aliran sains?
a. lengkapkan modul aktiviti tingkatan 4&5 awal2, tiru saja jawapan asal lengkap. Sbb apa?
Nanti cikgu pun sama saja baca buku jawapan utk murid2.
Kalau tak hadir, habis kena pinjam buku kawan2, itu pun kalau mereka juga dpt tangkap jwpn yg cikgu beri.
Buku teks KPM pun tak ada point yg lengkap, tepat dan mengikut kehendak soalan sebenar SPM sebaik buku modul.
Buku2 ini akan jadi buku rujukan teks kita waktu Form 5 dan prauniversiti kelak
Bila rujukan lengkap awal2 nanti senang nak hafal2, buat nota ke. Jadi genius siap2 dari rumah, pergi sekolah hanya ulangkaji saja..
Guna modul Kimia Nilam Publications & Bio-skor? Klik judul buku2 tersebut untuk dapatkan skema jawapan

b. Buat nota poket
c. D.U.I.T(Doa Usaha Istiqamah Tawakal)
d. Cemerlangkan usaha, excel, bukan jadi Perfectionist
e. Sabar dan paling penting, BERSYUKUR BERTERUSAN atas tiap-tiap sesuatu yang kita lakukan atau terima dari Ilahi

Comments

Popular posts from this blog

Wave the Universal Communication

Wave is the most basic form of communication in the universe. It consists of two opposing directions (vectors) of the same element or more. In example; up and down - Location positive and negative - Integer/Charge 1 and 0 - Binary Yes and no - Affirmative True or false - Boolean